Wednesday 7 May 2014

RR1 SOLUTION Printing Station

Selamat tengahari semua.. Bismillahirahmanirrahimm... Assalamualaikum semua bagi yang beragama islam.
Kami di sini ingin melebarkan sayap kanan bersama Syarikat bumiputera yang baru bermula bisness printing baru 3 bulan. iaitu RR1 Solution beralamat di Ketereh, Kota Bharu. Kami menyediakan perkhidmatan cetak untuk baju, cenderahati, topi, seragam sekolah dll. ataupun boleh masuk ke page Fb kami di RR1 Solution.


RR1 SOLUTION
Pelbagai jenis baju dan warna mengikut pilihan anda. minimum 10 helai keatas kami terima untuk 1 design. harga paling terbaik kami beri.. melalui whatsapp pun boleh, 017-9757727 atau weechat, yang mana senang untuk keselesaan anda. Idea ini tercetus apabila kami melihat bidang ini adalah bidang yang tidak akan tepu kerana setiap hari ada sahaja orang memerlukan servis seperti kami dan mahukan yang cepat dan terbaik.. kebanyakkan sebelum ini, bidang ini di monopoli oleh kaum lain, kaum melayu adalah pelanggan, jadi untuk menaikkan khidmat terbaik untuk orang melayu, Kami bertekad untuk mengorak langkah yang lebih jauh untuk di Malaysia serta ke Luar Negara InshaALLAH..














Suasana tempat printing baju (silkscreen)




Yang tersenyum ni adalah Nick (admin) merangkap Master of designer, semua design dia langgar asal customer puas hati, hahaha.. yang menaikkan Syarikat ini pun dia la yang bertungkus lumus siang malam berada di kedai hampir sebulan sebelum opening syarikat ni pada umum..


 Baju ni kitorang yang pakai sendiri sebab ini adalah first baju yang menapak di meja silkscreen yang belum lagi melekat benang benang baju yang lain.. design simple jer, tapi dengan rasminya ia menjadi logo syarikat secara tak sengaja..



Tiga pelopor syarikat iaitu dari kiri REZA, NICK, SYAHMI. tugasan masing masing adalah berat kerana perlu menjaga pelbagai tugas, tetapi tetap teruskan untuk memastikan RR1 Solution terus maju kehadapan..

masa ni kedai belum buka lagi.. tengok pintu pun belum Tarik lagi..



PERMULAAN PROJEK
Terima kasih kepada EN AIZUL, nama manja JU yang bertugas di Akauntan Negara di Kota Bharu kerana first projek kami adalah LO untuk baju gotong royong sebanyak 102 helai.. tq tq, sebab dalam masa 2 hari kami print baju 3color depan, 2color belakang. memang mencabar kesabaran dengan masa yang suntuk dan terhad.





Sample design, hanya design, tak print pun,hahaha.. yang mana ada nak buat baju group tu, boleh la whatsapp, weechat, facebook, atau call terus pun boleh. 017-9757727 atau nombor opis 09-7882176














NoN woven BAG 
 Untuk majlis seperti hari guru, majlis berkhatan ke atau majlis ape ape pun boleh.. kita print ikut design yang anda nak.. biasanya print 1 color jer kat beg ni.. yang nak banyak color tu kena buat heat transfer la.. Promosi kita buat untuk masa sekarang ni RM1.80 per pcs tambahan pulak printing kita bagi FREE untuk 1 color. ada jugak orang terkejut dengan harga ni, kata dia ''Betul ke harga RM1.80 termasuk print?'', macam tak percaya sebab sebelum ni diorang buat RM2.80 siap print.. Yang penting sekarang kita buat promosi, sampai bila tu, nanti diberitahu kemudian..

ORDER... JANGAN TAK ORDER SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!!!!





Nasi Berlauk FIRDA di Tumpat
Tokey dia kawan masa bekerja makan gaji dulu, tiba tiba terjumpa semasa tengah online, hantar design pun ikut online, confirm pun melalui online...
cuma penghantaran jer saya pergi cari rumah dia, pergi hantar terus ke depan tangga sebab dari ketereh ke tumpat takde la jauh sangat, dalam 40 minit gitu jer la, cuma yang lewat sikit sebab nak cari rumah dia, huhu.. masuk dalam kampung.. rupa rupanya Nasi Berlauk ni pernah juga makan di kopitiam kat KB, tak tahu la pulak kawan sendiri yang jadi tokey nyer... apa apa pun tahniah kerana menjadi usahawan muda yang berjaya..